Friday 14 March 2014

Usrah

 

"Fariza, enti ada pegang usrah kah?" Tanya Ilani

Fariza tergelak kecil disudut hatinya. Namun secara tidak langsung terlucur Istighfar dari  mulutnya.
"Eh, mana ada. Ana belum layak." Balas Fariza.

"Enti nampak macam naqibah. Lagipun enti kan dah lama join usrah."

"Allahurabbi. Macam mana enti lihat ana, tak semestinya terzahir ikhlas dari hati ana. Ana mungkin nampak tenang dari luaran. tetapi enti tidak tahu betapa berbolak-baliknya hati ana." Fariza peluh besar. Memikirkan jawapan yang sesuai untuk dibalas.
"Lagipun tak semestinya tempoh masa yang lama join usrah melahirkan kualiti yang baik. Masih tersisa karat-karat jahiliyah dalam diri ana. Ada quote mengatakan, quality is more important than quantity. Pernah dengar tak?" Tokok fariza.

Ilani mengangguk-angguk.
"Err.. Tapi, apa kaitan kuantiti tu dengan usrah?" Ekspresi muka Ilani penuh dengan tanda tanya.

"Kuantiti kat sini ana sinonimkan dengan tempoh masa. Selama mana ana join usrah atau sebanyak mana masa ana join usrah, tak menentukan ana dah cukup baik atau cukup berkualiti. Takpun enti boleh check surah Al-Mulk: 2"

"Al-Mulk ayat dua tu cakap fasal apa?"

" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
 
"Errr........" 

"Ayat 2 Surah Al-Mulk ni, mungkin kita boleh stress kat word lebih baik amalnya. Kenapa lebih baik? Kenapa tak lebih banyak? So, bermakna Allah memandang pada kualiti amal itu bukan kuantiti. Wallahu alam. Mungkin amal enti lebih baik dari ana. Boleh lah enti jadi naqibah."

"Eh. eh. Mana ada, ana pulak kena balik."

"Tak kisah lah ana lagi lama ke, tak lama ke di jalan DnT ni, jom kita perbaharui niat kita. Mungkin niat kita sedikit tersasar."

 


No comments:

Post a Comment