"Sungguh ana mahu menghadiahkan mahar kepada bakal zaujati sepotong Al-Ikhlas." Ujar Redza
"Asal enta pilih Al-Ikhlas bro? Sebab pendekkan?" Tegur Ashraf.
"Eh, idak le. Kalau enta amati dan fahami maksud surah Al-Ikhlas tu, enta akan faham maksud ana."
"Share la sikit bro. Ana nak tahu juga" Ashraf tertanya-tanya.
"Ana nak hadiahkan Al-Ikhlas tu bukan sebab panjang atau pendeknya surah tu. Al-Ikhlas tu menyatakan tentang keikhlasan seseorang tu melakukan segala perkara kerana Allah."
"Oooo..." Ashraf mengangguk-angguk.
"Tapi bro, kalau enta mampu tukar iPhone baru, takkan enta bagi mahar Al-Ikhlas je bro? Tak relevant la." Tokok si Ashraf.
"Err.. ana mula-mula fikir macam tu juga. Sekarang ana dah sedar. Ana patut beri sedikit wang mahar untuk bakal zaujati. Ana nak tunggu respon akhawat tu." Jawab Redza tersipu-sipu malu.
Ashraf menyenggol-nyenggol badan Redza "Siapa bro, siapa? Ana kenal tak akhawat tu?"
"Enta tunggu jelah kad jemputan ana. Doakan ana berjaya"
No comments:
Post a Comment