Tuesday 29 April 2014

I was wondering

 

Azra termangu, dia tertanya-tanya pada diri sendiri. "betul ke jalan yang aku pilih ni?"
"tapi kenapa berbeza dengan persatuan tu eh?" "kenapa persatuan aku dengan persatuan dia berbeza?"
"bukan ke dua-dua bermatlamat untuk Islam?"  "tapi, kenapa tak bersatu je?"

Azra tertanya-tanya. Sampaikan pada suatu hari, dia ada ternampak seseorang yang memuat naik status di 'muka buku' berkenaan Islam. Namun seolah-olah seseorang itu menyatakan persatuan dia adalah benar dan terbaik. Status ini boleh mencetuskan perbalahan sesama ahli mereka(ummah).

Azra bergumam sendirian. Sedih melihat mereka saling salah menyalahi. Sedih melihat mereka berbalah sesama sendiri.
Azra semakin keliru. Dia sedih. Bukankah sepatutnya Islam to all? Islam kan menegakkan kesatuan? makanya Azra perlu bersikap positif. Dia perlu mencari titik persamaan dan bukan perbezaan. Bukankah itu yang lebih baik?

Untuk persoalan-persoalan yang bermain di mindanya itu hanya Allah sahaja yang tahu apakah benar atau tidak jalan yang dipilih. insyaAllah, bila berlandas al-Quran wa as-sunnah mungkin memang itulah jalan menuju Allah. 

Mengenai perbezaan persatuan itu, kemungkinan matlamat Islam sama, namun mereka mempunyai pendekatan dan wasilah yang berbeza. Oleh itulah kita jangan meremehkan orang lain. Jadi, jangan cari perbezaan yang boleh mencetuskan perbalahan dan raikan perbezaan. Cari titik persamaan agar ummah boleh bersatu. Islam menggalakkan penyatuan bukan perpecahan.

Wallahu alam. Ia hanya pendapat dan penilaian seorang manusia. Kita tidak tahu bagaimanakah penilaian Allah. Kita hanya mampu berusaha untuk mencapai redha.

Masih terdapat banyak lagi isu yang menjadi persoalan. Persoalan itu bagus. Tidak lah kita menerima sesuatu itu dengan memb*** buta. Tidaklah orang mengatakan kita ini Islam turun temurun. Kerana kita juga dalam proses pencarian yang haq.