Saturday 28 December 2013

Secret admire


Raihana termenung jauh. Dia memikirkan masa depannya.

"Enti termenung apa tu Hana?, Fasal Baitul Muslim le tu?"

"Macam mana enti tahu ni? Opps. kantoi sudah."

"Setakat enti, ana dah faham sangat lah. Ha ha." 

"Eh, bukan macam tu lah Huda. Ana semacam dilema. Ana macam nak isi borang BM. Tapi ana macam taknak."

"Dah kenapa dengan enti ni?"

"Ana ada minat seorang ikhwah ni la Huda."
"Dia berada di jalan yang sama seperti kita. Tapi ana tak yakin kalau dia sebenarnya bukan milik ana."

"Aih, kenapa pulak enti cakap macam tu?"

"Ana dah buat istikharah. Ana nampak muka ikhwah tu dalam mimpi ana. Bukan sekali. Bukan dua kali. Jadi apa maksudnya? Adakah mainan syaitonirrajim?"
"Ana seakan kabur dengan pilihan ana? Apa pendapat enti Huda?"

"Ana pun tak tahu. Ana rasa, kalau enti yakin dengan ikhwah tersebut,enti mohon lah pada Allah supaya dipermudahkan. Doa banyak-banyak. Pohon Allah perjelaskan jalan yang diredhai-Nya"
"Ana ni bukanlah tuhan yang menentukan nasib seseorang. Ana mampu bagi sedikit kata-kata je. Harap-harap bermanfaat untuk enti."

"Huda, tolong doa untuk ana sekali eh."



No comments:

Post a Comment