Friday 14 March 2014

Pancing

"Nia, jom teman aku makan."

"Eh, ok set. Pukul berapa? Katne?"

"Macam biasa lunch hour lepas kelas. Ok? Nanti aku ambil kau. Tapi kau yang bawak motor ni boleh? Eheheh.."

"Aku on je Mardhiah. Kbai. Jumpa nanti."

*****

"Mardhiah, kenapa tiba-tiba kau ajak aku teman makan ni? Kau nak buat apa-apa dengan aku?"

"Apa lah ayat kau ni, takkan aku nak buat apa2 kat kau. Haha."
Dalam hati kecil Mardhiah "Aku tengah cuba pancing hati kau."

"Haa.. Ok lah. Ok lah."

*****

"Mardhiah, aku nak tanya kau sikit."

"Ye Nia, nak tanya banyak pun boleh."

"Macam mana kalau ada orang ajak aku usrah eh? Aku nak usrah tapi aku rasa tak sedia lagi. Sibuk. Banyak assignment. Dia sangat semangat ajak aku join usrah."

"Eh, siapa yang ajak kau secara bersungguh tu? Aku ke?" Mardhiah buat nada gurau.

"Eh, kau tengah pancing aku join usrah ke?"

"Haha mana ada."
Dalam hati Mardhiah, "alamak terkantoi!"

" Taklah. Bukan kau. Adalah haritu ada orang ajak aku."

Mardhiah menarik nafas lega. Misi dia masih belum terkantoi. 
"Ooooo. Kau tak nak cuba mana2 usrah ke?" Tanya Mardhiah.

"Belum lagi lah. Nanti lah dulu."

Sejak itu, Mardhiah lebih tekad untuk mengikat hati Nia dengan pelbagai cara sehingga Nia masuk dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.




No comments:

Post a Comment