Tuesday 9 April 2013

Penulisan

 

"Kau sekarang penulis ke?"

"Eh mana tahu? Sikit-sikit boleh lah. Dalam blog je. Sastera aku tak power macam kau."

"Kau ni, puji lebih-lebih pula. Semua kan milik Allah. Ini hanya pinjaman sementara je. Kau pun apa kurangnya. Tidak belajar sastera tetapi hebat dalam penulisan."

"Tidaklah. Bahasaku masih tunggang-langgang. Kalau ada silap, tolong betulkan ye?. Lagipun semua ini kan ilham dari Allah. Kalau tidak di curahkan, masakan mahu disimpan sorang-sorang. Apa salahnya kita berkongsi. Kan lagi sweet macam tu. Bak kata pepatah orang putih, Sharing is caring."

"Ahaha.. Sweet nye kawan aku sorang ni. Manis macam gula. Bagus lah kau! Ada inisiatif melakukan kebaikan. Keep up a good work beb! Aku support dari belakang."





No comments:

Post a Comment