Tuesday 9 April 2013

Drama

 

Aku dan abang menonton televisyen. Malam-malam macam ni abang aku suka menonton perlawanan bola sepak live. Aku pun join sekaki walaupun aku tak faham permainan mereka. Malam ni Selangor lawan ape ntah. 

"SAI tu ape?" tanye aku pada abang.

"Saigon" abang tidak mengalih pandangan dari kaca tv. Khusyuk melihat stratergi perlawanan.

"Tak pernah dengar pun" aku kebingungan

"Saigon tu Vietnam."

"Pernah dengar Jesselton tak?" abah mencelah.

Aku dengan konfiden berkata pernah. Lantas, abah pun keluarkanlah senarai nama-nama lama. Maklumlah abah orang lama. Aku pun tercengang. Aku pun terfikir, nama Saigon tu terkenal bagi golongan veteran kot. :p

Perlawanan antara Selangor dan Saigon mungkin agak slow dan memboringkan bagi abang walaupun Selangor sudah mendahului satu mata. Lalu abang menekan punat remote control dan menukar ke saluran tv3.

"Eh, cerita Cinta Qaseh ada lagi eh?, Tapi apasal bawah tu tulis Serindu Taj Mahal" Aku konfius. Abang aku senyap je mendengar aku berceloteh.
"Mungkin bawah tu salah tulis kot. betul lah ni Cinta Qaseh. Pelakon pun sama." Dengan yakinnya aku pertahankan cerita Cinta Qaseh.

"Bukanlah, ni cerita lain lah" abang aku menidakkan.
"Tengok cerita ni, kan jalan cerita dia lain."

"Tapi pelakon dia sama" aku masih mahu menegakkan benang yang basah.

Beberapa ketika baru aku sedar, cerita itu memang cerita yang berbeza.

"Apasal guna pelakon yang sama? Tempat pun guna Taj Mahal juga"

"Alah, nak jimat budget lah tu. Senang payment, senang shooting. Senang sangat nak buat duit. Hekhek."
"Tapi itulah, kenapa perlu ada dua hero?" tambah abang

"Nak tiru drama korea kot."

"Isk.. isk.. Apalah cerita melayu macam ni. Takkan nak biasakan orang Melayu dengan konflik perempuan main kayu tiga? Dahlah perempuan pulak tu"

Aku speechless abang cakap macam tu. Sebab memang aku tak tahu nak cakap apa. Aku pun berlalu pergi meninggalkan abang. Abang menukar kembali ke saluran perlawanan bola sepak tadi.


No comments:

Post a Comment