Sunday 31 March 2013

Sayonara Jahiliyyah!

 

Tett.. Tett.. Bunyi telefon bimbit milik Nasriah berbunyi menandakan dia mendapat pesanan ringkas. Nasriah segera mendapatkan telefonnya dan mendapati dia telah menerima mesej daripada Zaki. Nasriah tersenyum simpul.

"Oit"

Nasriah tidak segera membalas. Sengaja dibiarkan. Memikirkan ayat apa yang perlu dibalas.

"Assalamualaikum Zack. Sihat?" balas Nasriah.

 Typical mesej. Nampak seperti biasa.

"Aku ok je. Tapi masuk air sikit. Yelah selalu kena menapak dalam studio. Kau macam mana kat UiTM? Belajar ok ke Sri?"

 Zaki cuba mengajak Nasriah berbual.

"Ok lah. Aku masuk lab. Hari-hari kena observe sample.Kesian kau. Penat jugak kau eh. Hari-hari tidur lambat nak kena melukis."

"Biasalah dah nama pun budak arkitek. Memang itulah tabiat kitorang. Weyh apam, aku nak tanya sikit ni."

"Kau panggil aku apam? Hurgh!"

"Yela tengoklah pipi kau tu. Aset kau tahu."

Nasriah speechless namun masih tersenyum. Tiba-tiba, perasaan bersalah menerpa diri. Dia tidak sepatutnya, terajak untuk saling membalas pesanan ringkas tanpa keperluan.

Nasriah tidak membalas. Dia segera memuhasabah dan mendiamkan diri.
Sebelum ini, berbalas mesej antara Nasriah dan Zaki adalah perkara biasa. Mula-mula memang kononnya no hard feeling. Lama-lama, wujud satu perasaan. Mereka saling berkongsi pendapat dan masalah serta isu-isu yang tidak membawa manfaat juga diketengahkan dalam perbualan mereka.

Nasriah tersentap dengan pemikiran dia sendiri.
"Kenapa aku perlu mengadu kat orang yang asing bagi aku? Akhawat kan ramai." Nasriah bermonolog. Segera dia beristighfar.

Beberapa hari selepas itu, Zaki menghantar mesej lagi kepada Nasriah.

"Oit"

Nasriah tak membalas. Zaki mencuba sekali lagi.

"Oit"

Masih sama. Tiada respon.

"Weyh, kau marah aku panggil kau apam ke Sri? Sorilah."

Zaki mencuba untuk memujuk. Nasriah pandang sebelah mata. Mahu tak mahu je dia melihat mesej Zaki. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.

"Zack sorry eh, aku tak marah kau pun. Tetiba aku rasa berdosa. Selama ni, berapa banyak masa dan kredit kita bazirkan. Aku rasa kita tak payah contact lagi eh. Aku tak nak bergelumang dengan dosa lagi. Kita tak declare apa-apa kan. Aku taknak teruskan perhubungan yang macam ni. Aku malu dengan Allah. Aku harap, semua ni ada hikmah."

Nasriah nampak tekad. Terluah juga rasa dihati. Rasa lega. Nasriah harap Zaki faham.

"Ok lah Sri. Sorry kacau kau. Kalau agak-agak ada benda nak cerita, bagitahu je."

Nasriah tidak membalas lalu dibiarkan begitu sahaja. Sehingga hari ini, Nasriah masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak ber'sms' dengan lelaki ajnabi. Dia mahu simpan kemanisan itu untuk yang lebih layak.

Selamat tinggal jahiliyyah! Jangan kembali kepadaku.


 

No comments:

Post a Comment