Saturday 30 March 2013

Allergic

"Assalamualaikum awak.." sapa Irham.
"Tak jawab dosa." sambungnya lagi.
"Awak ni cantiklah, macam Najwa Latif. Mesti suara awak sedap juga kan?"

Itulah tabiat Irham sejak zaman sekolah menengah lagi.. Pantang sahaja nampak wanita. Ringan mulutnya menegur dan memuji wanita. Tak pernah serik walaupun seringkali dinasihati.

"Cukup, cukuplah Irham, kau tak serik-serik lagi ke?" tegur Hasif.

"Rilek lah bro, kita masih muda remaja. Sekarang lah masanya nak mencari. Lagipun aku puji kebesaran Allah."

"Bukan itu caranya nak approach orang Irham. Tak kena caranya tu."

"Kalau tak cuba, mana nak tahu" dalih Irham sambil mengangkat kening.

Hasif hanya menggeleng-geleng kepalanya. Di sudut hati kecilnya dia tidak sependapat dengan rakannya Irham.
Tiba-tiba pandangan mereka tertumpu kepada seorang wanita. Gayanya cukup mempersona dengan penampilannya yang dijaga rapi auratnya. Irham tidak keruan kerana terdorong dek nafsu.

"Aku nak cubalah awek ni" kata Irham.

"Kau nak cuba? kau tengoklah diri kau dulu beb. Dia tu baiklah. Tak sesuai dengan kau. Aku tengok macam raksasa dengan tuan puteri. This is not good bro."

"Eh, engkau. Kau suka dia eh? Emo semacam tak bagi aku try dia."

Irham terus melangkah tanpa mempedulikan Hasif. Langkahnya terdorong dek nafsu.
Beberapa minit kemudian.

"Amacam? dapat tackle tak awek tu?" perli Hasif .

"Yela, aku tahulah aku siapa. Tak padan dengan dia. Dia tak layan. Dia ingat aku salesman"

"Itulah kau. ramah semacam." gelak Hasif



*******

Di suatu sudut yang lain.

"Eh, Fatin apa kena dengan mamat tadi tu? Kau kenal dia ke?" Alyaa kebingungan.

"Err.. saya tak kenal dia lah. Saya ingat dia salesman tadi."

"Haha. boleh pulak kau buat kelakar. Takkan salesman macam tu kot. Siap puji2 kau bagai."

"Eh, dia puji awak lah Alyaa.. heehee"

"Eh, yeke. A'ah la. Baru aku perasan. Aku tahulah aku cantik." gurau Alyaa.
"Err.. Tapi perlu ke puji samapai macam tu sekali? Dah lah tak kenal langsung. Kalau aku kat tempat kau tadi, dah lama aku bagi sepak"

"Eh, macm tu pulak. Awak pulak yang emo."

"Yela. macam mana tak emo. Nak tackle pun jangan sampai puji melangit. Bernanah telinga aku dengar. Walaupun bukan aku yang di tackle. Rasa loya sangat. Heee~ geli lah."

"Yang awak membebel macam makcik-makcik joyah ni pulak kenapa Alyaa? haha."

"Erk. aah la. kau yang kena. aku pulak over. Bukan ape Fatin, kau jangan mudah cair dengan lelaki-lelaki yang macam ni. harap je mulut manis. Aku taknak kau tenggelam dalam kata-katanya. Kalau nanti kahwin, takkan nak makan pakai semua guna kata-kata manis dia je kot. Boleh kena diabetes."

"Hehe.. asal sampai kahwin ni. Over lah awak Fatin. sampai ke situ pulak. Saya tahu pasal tu. Caring juga awak kat saya. Baik kawan saya ni. Terima kasih"

"Eh, sudah-sudah. Jangan puji lebih-lebih. Allergic."
"Tapi mestilah aku caring. Kau kan kawan aku dunia akhirat. InsyaAllah."

"Terharu saya dengan awak Alyaa. Ingatkan gangster. Yelah gaya tu tak nak kalah. hehe"

"Eh, setiap wanita kan ada kelembutan." komen Alyaa.

Ketawa mereka berderai. Alyaa dan Fatin meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Gangguan dari Irham langsung tidak dijadikan topik utama. Mereka malas melayan sesuatu yang tidak membawa apa-apa manfaat.


*******

 "Kau kena tahu Irham, tak semua perempuan suka dilayan macam tu. Kalau kau punya adik perempuan di layan macam tu, apa kau rasa?"

"Mestilah aku geram. suka-suka je nak buat adik aku macam tu. Ingat adik aku ape?"

"So, nampaknya kau sendiri dah marah dengan perbuatan yang kau buat ni."

"Tapi..."

Hasif meninggalkan Irham dengan tanda tanya sendirian. Baginya dia mahu Irham berfikir apa yang telah dia lakukan sendirian.




No comments:

Post a Comment